Tempahan

Cara-cara membuat tempahan :
  1. Sila rujuk kalendar dibawah untuk menyemak kekosongan penginapan sebelum membuat tempahan.
  2. Kemudian maklumkan tarikh yang ingin anda tempah dengan menghubungi/sms/whatsapp ke 013-9574334 (Che Sya) untuk pengesahan.
  3. Setelah mendapat pengesahan, sila depositkan RM50 (booking deposit) ke akaun pemilik iaitu : 5561-6923-0113 (Maybank) atas nama SZ Finari Enterprise 
  4. Setelah booking deposit dibuat, terus maklumkan kepada kami dengan menghubungi/sms ke 013-9574334. Pihak kami akan mengemaskini tempahan anda dalam kalendar tempahan.
  5. Bayaran baki hendaklah dijelaskan sepenuhnya ketika check-in. (Resit dikeluarkan atas permintaan).
"First Come, First Serve"



Peraturan Penginapan :
  1. Masa check-in : 2.00 ptg, *check-out : 12.00 t/hari (masa check-out boleh dilanjutkan bergantung kepada ada atau tidak tetamu yang akan check-in pada hari yang sama.
  2. Tetamu hendaklah terdiri daripada keluarga yang beragama Islam sahaja.
  3. Pasangan yang bukan mahram adalah tidak dibenarkan.
  4. Tetamu tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berbentuk maksiat, tidak bermoral dan mengganggu ketenteraman awam.
  5. Binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.
  6. Memastikan semua suis lampu, kipas dan pendingin hawa serta pili air dimatikan sekiranya tidak digunakan.
  7. Memastikan semua peralatan dan perabot digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar.
  8. Sebelum check-out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal